[COMBO] FAMSA & Kamus Fiqh & Gambaran Fiqh & Matawang Kripto & Adab Ikhtilaf

SKU 45055-3

RM80

98 in stock

98 in stock

Deskripsi Buku

Siri 2: Fahami Muamalat Seharian Anda (FAMSA)

Dengan membaca buku ini, pembaca dapat:

  • Memahami perbezaan konsep sistem kewangan dan perbankan konvensional berbanding sistem kewangan dan perbankan Islam.
  • Mengetahui jawapan terhadap  pelbagai  masalah  hukum  berkaitan muamalat yang sering berlaku, termasuk cara mengira kadar yang haram dari wang KWSP.
  • Merungkai aplikasi sesebuah kontrak dengan gambaran yang sederhana dan mudah difahami disamping  memperkenalkan konsep-konsep  yang sering digunapakai dalam perbankan Islam.

Sarat  dengan  petikan  dari kitab turath dan  moden, diperkukuhkan  lagi dengan resolusi  badan-badan  fatwa  berautoriti, buku  ini  mesti  dibaca  oleh semua lapisan masyarakat yang peduli terhadap keabsahan urusan kewangan mereka menurut islam sekaligus membersihkan harta mereka dari unsur riba, gharar, jahalah, judi dan memakan hak orang lain secara batil.

Melalui buku ini, anda bakal pelajari fiqh berkenaan:

  • Perbankan Konvensional & Syariah
  • Multi-Level Marketing (MLM)
  • Peraduan & Pertandingan
  • Insurans & Takaful
  • Ekonomi Islam vs Kapitalis & Sosialis
  • Pelaburan

Kamus Istilah Fiqh Muamalat

Buku ini merupakan sebuah kamus bagi istilah-istilah fiqh muamalat. Kebanyakan makna bagi istilah-istilah fiqh yang terdapat dalam kamus ini telah diambil daripada kitab-kitab turoth mazhab Syafie seperti Hasyiah al-Bajuri dan Syarah-syarah Minhaj ath-Tholibin Imam an-Nawawi.

Kamus ini amat sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mendalami kitab-kitab fiqh turoth baik dari kalangan pelajar, guru, pengamal perbankan Islam dan takaful mahupun orang awam yang ingin menceburi bidang muamalat Islam.

Antara keistimewaan kamus ini ialah:

  • Menampilkan lebih daripada 300 entri istilah fiqh muamalat yang sering digunakan dalam kitab-kitab turoth mazhab Syafie.
  • Susunan kamus ini adalah menurut bab-bab muamalat yang terdapat dalam kitab Minhaj ath-Tholibin. Ini memudahkan para pembaca untuk merujuk sesuatu istilah yang dikehendaki.
  • Menyertakan kalimah banding dan sinonim bagi kalimah-kalimah berkaitan.

Gambaran Fiqh Muamalat

Buku ini menyajikan kepada anda gambaran istilah fiqh muamalat, rukun-rukun serta syarat-syaratnya dalam bahasa yang mudah dan mesra. lanya sesuai untuk semua golongan.

  • Jika anda seorang penuntut, ianya akan melancarkan kefahaman anda dan membantu anda mengingati perkara-perkara penting dalam setiap bab muamalat.
  • Jika anda seorang pengajar, ianya menjimatkan masa anda membuat persediaan sebelum mengajar.
  • Jika anda seorang pengkaji muamalat kontemporari, ianya membantu anda mengklasifikasi (takyif fiqhi) sesebuah kontrak menurut akad dengan batasan dan gambaran yang asli seperti yang digariskan oleh para ulama silam yang muktabar sekaligus membantu anda mendapatkan hukum yang tepat.
  • Jika anda bosan dengan fiqh muamalat turoth kerana merasakan ianya sukar difahami, buku ini bakal mengubah persepsi anda berikutan pendekatannya yang merangkumkan ibaroh turoth (teks klasik) dan dijelaskan dengan contoh moden.

Forum & Debat Matawang Kripto; Pengenalan & Hukum

Matawang kripto telah mencetuskan fenomena diseluruh dunia sejak 10 tahun yang lalu. Matawang maya yang berupa token digital ini membolehkan penggunanya berurusan terus kepada individu tanpa perlu melalui institusi kewangan. Ia digelar matawang kripto kerana pengaliran wang itu dikawal oleh mesin kriptografi menerusi teknologi blockchain yang menjadi asas kepada penggunaan Bitcoin.

Persoalannya, apakah penggunaan wang maya ini patuh syariah? Terdapat pro & kontra di kalangan para fuqaha dalam masalah ini. Forum dan debat ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan asas tentang crypto currency dan blockchain technology seterusnya menampilkan khilaf dan perbezaan sudut pandang ulama dalam hal ini.


Asbab & Adab Ikhtilaf

Fiqh  ikhtilaf  atau  fiqh  perbezaan pandangan  adalah  isu  yang  penting  dibicarakan dalam kalangan masyarakat. Ini  kerana  terdapat  khilaf  yang  menguntungkan  umat  Islam  dan  ada  juga khilaf yang merugikan.

Terdapat kes khilaf yang muktabar dan mudah, tetapi ia telah dijadikan polemik dan  isu  hangat.  Maka  kesannya,  umat  Islam  berpecah  dan bergaduh  sehingga  mencemarkan  nama  baik  agama  dan  seterusnya menjadikan penganutnya lemah dan hina.

Bukan khilaf sebegini yang kita inginkan. Sebaliknya yang kita mahukan adalah khilaf yang membina, bertoleransi dan produktif.

Justeru,  Maahad  Al-Musthofa  menggalas  tanggungjawab  untuk menjelaskan isu yang penting ini.

Harapan  kami  agar  umat  Islam  lebih  memahami  sebab,  cara menghadapi dan berlapang dada dengan ikhtilaf yang berlaku di sekeliling mereka.

Penghantaran & Pemulangan

  1. Penghantaran menggunakan servis J&T Express dan Pos Laju.
  2. Tempoh penghantaran adalah seperti berikut:
    • Selangor: 3 hari bekerja
    • Semenanjung Malaysia: 5 hari bekerja
    • Sabah / Sarawak: 8 hari bekerja

Sekiranya terdapat kecacatan ataupun kesilapan pada buku yang dihantar, sila hubungi kami di talian 013-310 2246

Anda mungkin juga berminat