PROGRAM ILMIAH BERKALA DALAM LIPATAN SEJARAH
Pada peringkat awal penubuhannya, Maahad al-Musthofa sering membawa para pelajarnya menghadiri kuliah & ceramah di masjid-masjid di sekitar ibukota. Disamping meneguk ilmu dari ulama-ulama tua, ia secara tidak langsung membawa mereka mengenali tokoh ilmuan tempatan dengan lebih dekat. Dari situ, mereka berjinak-jinak pula dengan pembacaan maulid & qasidah dengan menghadiri majlis Maulidur Rasul saw dan Haul ulama tertentu yang turut mendatangkan para ulama & habaib dari luar negara. Hal ini yang mencetuskan budaya pembacaan maulid & qasidah di Maahad al-Musthofa yang pada masa itu, amalan ini dipandang sinis oleh sesetengah golongan agama (baca: Deobandi) kerana mereka gagal membezakan antara nasyid yang digubah komposer tempatan dengan qasidah yang merupakan luahan rasa rindu para waliyullah yang meluap-luap terhadap Allah swt dan Rasulullah saw. Buat pengetahuan pembaca, hampir seluruh pelajar Maahad al-Musthofa pada masa itu berlatar belakangkan Deobandi.
Setelah ‘disusukan’ dengan dua asas ini iaitu:
- Mengenali dan memuliakan ulama dan habaib dalam dan luar negara.
- Menjalin hubungan cinta dengan Rasulullah saw, Maahad al-Musthofa mula ‘bertatih’ dalam aspek akademik dengan membawa para pelajarnya keluar dari ‘tempurung’ kitab kuning* iaitu dengan menyertai program akademik anjuran badan kerajaan dan swasta (NGO) yang dikendalikan tokoh ilmuan dalam dan luar negara. Maahad juga tidak melepaskan peluang menyertai program anjuran IPTA dan IPTS yang dikira sesuai untuk pelajar madrasah.
(* kami tidak bermaksud kitab kuning adalah tempurung tetapi kami ingin melakukan usaha agar kitab kuning tidak dijadikan ‘tempurung’ yang menyekat dan menyempitkan wacana hingga mengakibatkan timbul persepsi bahawa kitab kuning tidak lagi relevan untuk zaman sekarang.)
Setelah puas menceduk ilmu dan pengalaman di luar, Maahad al-Musthofa mula memberanikan diri untuk mengorak langkah dengan mengadakan beberapa siri program ilmiah yang diharap dapat meluaskan wacana warga maahad. Baik ia dengan format daurah, forum dan seminar atau dalam bentuk simposium seperti debat dan bahtsul masail atau pun yang berkonsepkan teori & praktik seperti diskusi buku dan bengkel.
Setelah namanya bertapak di dalam arena taklim & ta’allum di negara ini, maka bermula pada awal tahun 2014, Maahad al-Musthofa mula memberanikan diri untuk melebarkan sayapnya dengan mengendalikan Majlis Ta’lim dan beberapa siri Daurah Fiqh Muamalat di pelbagai tempat di semenanjung tanahair.
Berikut adalah secebis dari foto kenangan dari program-program berkenaan:
SYARAHAN MAAL HIJRAH PERDANA
Anjuran: Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Penceramah: Sheikh Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi
Tarikh: 19 Disember 2009
Bertempat di: Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW & HAUL SYAIKH ABDUL QADIR AL-JILANI
Anjuran: Yayasan Al-Wariseen
Penceramah: 1. Prof Dr Rafi’ Al-Ani (Mufti Iraq)
- Habib Umar Hamid Al-Gailani (Makkah)
- Sayyid Abbas Bin Alawi Al-Maliki (Makkah)
- Prof Dr Ahmad Omar Hashim (Mantan Rektor Universiti Al-Azhar, Mesir)
- Shohibus Samahah Sheikh Prof Dr Ali Jum’ah (Mufti Mesir)
- Prof. Dr. Ahmad Obaid al-Kubaisi (Iraq).
- Habib Hassan Bin Muhammad Bin Salim Al-Attas (Masjid Ba’alawi, Singapura)
- Maulana Afeefuddin Al-Gailani (Syaikh Tariqah Qadiriah)
- Dr Muhammad Uthman El-Muhammady (ISTAC)
- Syaikh Muhammad Fuad Bin Kamaluddin Al-Maliki (Yayasan SOFA)
Tarikh: 11 April 2009
Bertempat di: Masjid Negara, Kuala Lumpur
KULIAH SUBUH
Penceramah: Habib Umar Ben Hafiz (Yaman)
Tarikh: 10 Januari 2010
Bertempat di: Masjid Universiti Islam Antarabangsa, Gombak
MAULIDUR RASUL SAW
Penceramah: Habib Munzir Bin Fuad Al-Musawa (Pimpinan Majelis Rasulullah, Jakarta)
Tarikh: 17 Febuari 2010
Bertempat di: Masjid Al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
MAULIDUR RASUL SAW
Penceramah: Habib Adnan bin Ali bin Ahmad Masyhur bin Toha Al-Haddad bersama Syeikh Fahmi Zamzam Al-Maliki
Tarikh: 25 Febuari 2010
Bertempat di: Masjid Al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
MAJLIS MAULIDUR RASUL SAW
Anjuran: Yayasan Sofa
Penceramah & Pemberi Ijazah Dalail Khairat & Hadis Musalsal:
- Syeikh Fuad Kamaluddin Al-Maliki
- Syeikh Dr Muhammad Mu’taz al-Subaini al-Husaini
Tarikh: 27 Febuari 2010
Bertempat di: Kompleks Yayasan Sofa, Rembau, Negeri Sembilan
MAJLIS MAULIDUR RASUL SAW
Anjuran: Yayasan Sofa - Masjid Darul Ehsan
Penceramah & Pemberi Ijazah Maulid Barzanji & Hadis Musalsal:
- Syeikh Fuad Kamaluddin Al-Maliki
- Syeikh Dr Muhammad Mu’taz al-Subaini al-Husaini
Tarikh: 1 - 2 Mac 2010
Bertempat di: Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW AL-KUBRO ke-10
Tradisi Salafussoleh Benteng Ahli Sunnah Wal Jamaah
Anjuran: Yayasan Al-Jenderami
Di antara tokoh ulama yang hadir:
- Habib Dato’ Syed Omar Bin Abd Kadir Al-‘Aidarus (Terengganu)
- Habib Hassan Bin Muhammad Bin Salim Al-Attas
(Imam Besar Masjid Ba’alawi, Singapura)
- Habib Abd Rahman Bin Muhammad Bin Ali Al-Habsyi
(Islamic Centre, Jakarta)
- Habib Muhammad Najib Bin Thoha As-Seggaf (Solo, Indonesia)
- Sheikh Afeefuddin Bin Abd Qadir Al-Gaylani Al-Baghdadi
- Sheikh Mahmud Marghalani Al-Husaini (Madinah)
- Habib Hamid Bin Umar Al-Habsyi (Palembang, Indonesia)
- Habib Umar Abd Aziz Ben Shahab (Palembang, Indonesia)
- Habib Soleh Bin Muhammad Al-Jufri (Solo, Indonesia)
- Baba Hj Abd Aziz Bin Yahya
(Ketua Persatuan Pondok 5 Wilayah Selatan Thailand)
- KH Abd Jalil Bakri Rasyid (Surabaya, Indonesia)
- KH Abd Majid (Surabaya, Indonesia)
- Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari (Kalimantan, Indonesia)
- Tengku Farmadi (Acheh, Indonesia)
- Sheikh Arab C. Aguam (Filipina)
Tarikh: 4 - 6 Mac 2010
Bertempat di: Kompleks Yayasan Al-Jenderami, Jenderam Hilir, Dengkil
KONVENSYEN KEWANGAN & PERBANKAN ISLAM 2010
Anjuran: Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL)
Dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
& Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS)
Kertas 1: Senario Sistem Kewangan Dan Perbankan Islam; Isu-Isu Dan Cabaran Islam Semasa
Oleh: Prof. Dr Mohamad Akram Bin Laldin (Pengarah Eksekutif Intemational Shariah Research Academy (ISRA), Bank Negara Malaysia)
Kertas 2: Sistem Kewangan Islam; Satu Kajian Perpepsi Dikalangan Masyarakat Bukan Islam Di Malaysia
Oleh: Prof Dr. Balachandran A. Shanmugam (Pengarah Jabatan Perbankan Dan Kewangan University Monash Kampus Bandar Sunway, Selangor)
Kertas 3: Isu-Isu Perundangan Dalam Kewangan Islam; Cabaran Dan Harapan Kepada Institusi Kehakiman Syariah
Oleh: Ustaz Suhaimi Bin Yusof (Pengurus Kanan, Jabatan Perbankan Islam Dan Takaful, Bank Negara Malaysia)
Kertas 4: Faedah Perbankan Konvensional Dan Keuntungan Dalam Perbankan Islam; Sorotan Fiqh Perbandingan
Oleh: Prof.Madya Dr Asyraf Wajdi Bin Dato ‘Dusuki (Ketua Jabatan Penyedilikan, Intermational Syariah Research (ISRA) Bank Negara Malaysia)
Kertas 5: Insurans Dan Takaful; Suatu Perbandingan Dan Perbahasan Hukum
Oleh: Ybhg. Dato’ Haji Mokhtar Bin Syafie (Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor/ Pengerusi Penasehat Syariah Takaful Ikhlas Sdn.Bhd.)
Kertas 6: Produk Kad Kredit Islam Dan Aplikasinya Di Perbankan Islam
Oleh: Dr. Azman Bin Mohd. Noor (Jabatan Fiqh Dan Usul, Kuliyyah Ilmu Wahyu Dan Warisan Islam, UIAM/Ahli Penasihat Syariah MNRB Re-Takaful Berhad)
Kertas 7: Forex Trading dan Leverage; Konsep, Aplikasi Dan Penilayan Melalui Kerangka Hukum
Oleh: Tuan Haji Mohd. Zamerey Bin Abdul Razak (Ketua Jabatan Syriah, Asian Finance Bank)
Kertas 8: Perniagan MLM Dalam Perspektif Fiqh Islami
Oleh: Ustaz Haji Zaharuddidn Bin Muhammad (Ahli Penasehat Syariah, HSBC Amanah Takaful)
Kertas 9: Pemilikan Saham Dan Ekuiti; Isu-Isu Semasa Syariah
Oleh: Prof. Madya Dr. Rusni Hassan (Kuliyyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia [UIAM])
Tarikh: 13 Mac 2010
Bertempat di: Dewan Seminar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
HAUL IMAM AL-HADDAD
Anjuran: Amanah Hawi Al-Khairat (HAK) - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
Penceramah: Habib Umar bin Muhammad Ben Hafidz
15 Oktober: di Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, KL
16 Oktober: di Masjid Negeri Selangor, Shah Alam
17 Oktober: di Masjid Al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
BAHTSUL MASAIL KEBANGSAAN KALI PERTAMA
Tajuk: Surau Menurut Perspektif Fiqh
Tarikh: April 2011
Bertempat di: Kundang, Sungai Buloh April
SYARAHAN PERDANA
Tajuk: Sumpah Dan Qazaf
Anjuran: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) - Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Penceramah: Sheikh Prof Dr Wahbah Al-Zuhaily
Tarikh: 14 Mei 2011
Bertempat di: Dewan Solat, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
BAHTSUL MASAIL KEBANGSAAN KALI KE-2
Tajuk: Najis Bayi
Tarikh: Mei 2011
Bertempat di: Ribath Syaikh Ismail al-Jailani, Serkam, Melaka
SAFAR BERSAMA KH YASIN ASYMUNI DI TERENGGANU & KELANTAN
DISKUSI KITAB: Mustholah Feqah
Anjuran: Maahad Al-Musthofa
Ahli Panel: Kyai Ahmad Yasin Asymuni
Tarikh: 3 Jun 2011
Bertempat di: Masjid Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan
HAUL IMAM AL-HADDAD
Anjuran: Amanah Hawi Al-Khairat (HAK) - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
Penceramah: Habib Umar bin Muhammad Ben Hafidz
1 Oktober: di Masjid Al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
5 Oktober: di Yayasan Al-Jenderami, Dengkil
6 Oktober: di Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, KL
7 Oktober: di Masjid Baitul Aman, Ampang, KL
8 Oktober: di Masjid Negeri Selangor, Shah Alam
BAHTSUL MASAIL KEBANGSAAN KALI KE-3
Tajuk: A. Tangki Air
- Sewa Jersi, Bendera, Dan Mafela C. Beli Tanpa Penjual
Tarikh: April 2012
Bertempat di: Ulu Tamu, Batang Kali
MAWLID PERDANA
Anjuran: Yayasan Sofa - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) - Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin
Penceramah: 1. Prof Dr Farooq Hammadah (Penasihat DiRaja Abu Dhabi)
- Prof Dr Isa Abdullah Mani’ Al-Himyari (Rektor Universiti Imam Malik, Dubai
- Sayyid Ahmad Bin Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki (Makkah)
- Habib Ali Zainal Abidin Al-Jifri (Pengerusi Yayasan Tabah, Abu Dhabi
Tarikh: 8 April 2012
Bertempat di: Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Putrajaya
MAJLIS MAULIDUR RASUL SAW
Anjuran: Yayasan Sofa - Masjid Darul Ehsan
Penceramah: Habib Ali Al-Jifri
Tarikh: 10 April 2012
Bertempat di: Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang
SEMINAR: TEORI DAN APLIKASI PRINSIP MAQASID AL-SHARIAH
Anjuran: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Ahli Panel: 1. Dr Ahmad Wifaq bin Mokhtar
- Dr Mohd El-Tahir El-Mesawy
- Dr Mustafa Umar Muhammed
- Dato’ Hj Nik Mustapha Hj Nik Hassan
- Dr Muhammad Som Sujimon
- Dr Zaharuddin Abdul Rahman
- Prof Emeritus Dato’ Paduka Dr Muhammad Zuhdi Hj Abd Majid
- Prof Madya Dr Syamrahayu binti Abd Aziz
- Dr Wan Azhar Wan Ahmad
- Dr Mohd Farid Mohd Shahran
- Wan Roslili Abd Majid
- Siti Shamsiah Md Supi
- Mastura Mohd Zain
- Mohd A’sim Ismail
Tarikh: 29 - 30 Mei 2012
Bertempat di: Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Jalan Duta, Kuala Lumpur
*catatan: program ini hanya dihadiri para ustaz sahaja.
FORUM: MEMAHAMI ISLAM MEMBINA PERADABAN
Anjuran: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Moderator: Prof Datuk Dr Syed Othman Al-Habshi (International Centre For Education In Islamic Finance [INCEIF])
Ahli Panel 1 (Pendidikan): Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak (Naib Canselor, Universiti Antarabangsa Albukhary)
Ahli Panel 2 (Politik): Prof Dato’ Paduka Mohamad Abu Bakar (Profesor, Fakulti Seni Dan Sains Sosial, Universiti Malaya)
Ahli Panel 3 (Ekonomi): Dato’ Hj Nik Mustapha Hj Nik Hassan (Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia [IKIM])
Tarikh: 14 Julai 2012
Bertempat di: Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Jalan Duta, Kuala Lumpur
*catatan: program ini hanya dihadiri para ustaz sahaja.