Siri 2: Fahami Muamalat Seharian Anda (FAMSA)
Dengan membaca buku ini, pembaca dapat:
- Memahami perbezaan konsep sistem kewangan dan perbankan konvensional berbanding sistem kewangan dan perbankan Islam.
- Mengetahui jawapan terhadap pelbagai masalah hukum berkaitan muamalat yang sering berlaku, termasuk cara mengira kadar yang haram dari wang KWSP.
- Merungkai aplikasi sesebuah kontrak dengan gambaran yang sederhana dan mudah difahami disamping memperkenalkan konsep-konsep yang sering digunapakai dalam perbankan Islam.
Sarat dengan petikan dari kitab turath dan moden, diperkukuhkan lagi dengan resolusi badan-badan fatwa berautoriti, buku ini mesti dibaca oleh semua lapisan masyarakat yang peduli terhadap keabsahan urusan kewangan mereka menurut islam sekaligus membersihkan harta mereka dari unsur riba, gharar, jahalah, judi dan memakan hak orang lain secara batil.
Melalui buku ini, anda bakal pelajari fiqh berkenaan:
- Perbankan Konvensional & Syariah
- Multi-Level Marketing (MLM)
- Peraduan & Pertandingan
- Insurans & Takaful
- Ekonomi Islam vs Kapitalis & Sosialis
- Pelaburan
Saiz: 17.4 cm x 24 cm Tebal: 450 mukasurat. Harga: RM55