Siri 2: Qasidah Burdah Beserta Terjemahan
Dengan memaparkan kehidupan Nabi secara puitis, Imam al-Būşīri bukan saja menanamkan kecintaan umat Islam kepada Nabi mereka, tetapi juga mengajarkan sastera, sejarah Islam, dan nilai-nilai moral kepada kaum Muslimin.
Qasidah Burdah berisi bab pengaduan cinta, memperingatkan tentang bahaya hawa nafsu, madah pujian buat Baginda (, menceritakan detik kelahiran Baginda (, mukjizat Baginda (, kemuliaan Al-Quran, mengupas hal isra’ dan mi’raj Baginda (, jihad Baginda (, tawassul kepada Baginda ( serta munajat dan permohonan hajat.
Turut disertakan terjemahan Qasidah Burdah kepada bahasa Melayu hasil karya gubahan al-Fadhil Ustaz Rahmat ‘Sofuh ShaZlee’ yang mempunyai keistimewaan berbanding terjemahan-terjemahan yang lain kerana ia mengekalkan gaya pantun melayu pada rangkap-rangkapnya sehingga ia dapat didendangkan dengan irama qasidah Arab yang berbagai ragam.
Saiz: 7.5 x 10.5 cm Tebal: 116 mukasurat. Harga: RM5