Fiqh Tarjih
Tarjih adalah suatu cara yang biasa diaplikasikan tatkala berlakunya pertembungan antara hadis-hadis yang zahirn-ya kelihatan saling bercanggahan antara satu sama lain.
Memahami hal ini amat penting kerana kemahiran mentarjih merupakan ilmu yang agung, perbahasannya sangat halus sehingga membingungkan para ulama untuk memahaminya apatah lagi menyingkap isi kandungannya. Rentetan daripada
itu, terdapat segelintir ulama yang tidak memahami hadis melainkan terjemahannya sahaja dan tidak menguasai sanad hadis melainkan hanya mampu menyampaikannya sahaja. Mereka menyangka hadis yang terdapat di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim sentiasa dimenangkan ke atas hadis-hadis yang lain. Ini merupakan salah faham yang berbahaya kerana ia tidak selaras dengan pengamalan para ulama silam.
Buku ini cuba mengupas kaedah-kaedah tarjih yang diguna pakai oleh para ulama muktabar khususnya para imam mazhab yang hidup pada era kegemilangan Islam.
Saiz: 13.7×19.6. Tebal: 100 mukasurat. Harga: RM16
===============================
Sekiranya terdapat kecacatan ataupun kesilapan pada buku yang dihantar, sila hubungi kami di talian 019-2678913