Siri 3: Forum & Debat Matawang Kripto; Pengenalan & Hukum
Matawang kripto telah mencetuskan fenomena diseluruh dunia sejak 10 tahun yang lalu. Matawang maya yang berupa token digital ini membolehkan penggunanya berurusan terus kepada individu tanpa perlu melalui institusi kewangan. Ia digelar matawang kripto kerana pengaliran wang itu dikawal oleh mesin kriptografi menerusi teknologi blockchain yang menjadi asas kepada penggunaan Bitcoin.
Persoalannya, apakah penggunaan wang maya ini patuh syariah? Terdapat pro & kontra di kalangan para fuqaha dalam masalah ini. Forum dan debat ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan asas tentang crypto currency dan blockchain technology seterusnya menampilkan khilaf dan perbezaan sudut pandang ulama dalam hal ini.
Saiz: 15 x 21 cm Tebal: 80 mukasurat. Harga: RM10