Siri 3: القول التام الجامع لصور اقتداء المأموم بالإمام
Buku ini menghimpunkan 3 buah risalah karangan ulama Hadramaut, Yaman (ulama silam dan zaman sekarang) yang menjelaskan hukum iqtida’ (mengikut imam) bagi pelbagai situasi di antara makmum dengan imamnya. Sebanyak 44 buah contoh gambaran telah diangkat dari manuskrip asal lalu dikemas dalam buku ini sebelum diterjemahkan ke bahasa Melayu. Risalah-risalah (asal) ini telah disemak oleh beberapa orang ulama’ dan ramai di antara mereka yang menabur pujian ke atasnya.
Dengan lakaran-lakaran yang simple lagi jelas, buku ini telah mendapat sambutan meluas di kalangan ulama dan pelajar khususnya di Tarim, Hadramaut.
Kemudian untuk memberi gambaran yang lebih jelas, penyusun telah melengkapkan lagi buku ini dengan khulasah yang disimpulkan dari kitab fiqh turots, yang ditampilkan dalam bentuk peta minda.
Saiz: 15 x 21 cm Tebal: 80 mukasurat. Harga: RM9